📦 Nota Penghantaran
Buku ini sedang diulang cetak dan dijangka siap dalam masa terdekat. Semua pesanan yang mengandungi buku ini akan dihantar bermula 22 Jun 2026.
Sekiranya pesanan anda turut mengandungi Teroka Sains 15, 16 atau 17, penghantaran akan dibuat sekali gus bermula 30 Jun 2026.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramai yang hidup dengan stres dan anxiety setiap hari.
Rasa cemas, overthinking dan sukar untuk tenang — percayalah, anda bukan pelik dan anda bukan lemah. Cuma mungkin anda belum tahu apa yang boleh dilakukan sekarang untuk membantu diri sendiri.
Hakikatnya, emosi kita berkait rapat dengan cara otak dan hormon bertindak balas terhadap tekanan.
Bila kita faham perkara ini, kita sedar satu perkara — gembira bukan sekadar menunggu mood datang dan bukan perlu menunggu semua masalah selesai.
Dalam buku TEROKA SAINS 14: SAYA NAK GEMBIRA!, saya dan Dr. Fahmi himpunkan 150 cara yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan harian.
Langkah kecil.
Mudah.
Boleh mula hari ini.
Tujuannya satu — membantu anda mengurus stres dan membentuk diri yang mampu kekal tenang dalam apa jua situasi, serta terus menemukan kegembiraan meskipun diuji.