Dunia terlalu luas untuk diteroka dalam sebuah buku sahaja.
Teroka Sains 5 meneruskan pengembaraan siri Rindunya Nak Travel dengan membawa pembaca ke 75 buah negara lagi. Setiap destinasi hadir bersama fakta sains, keunikan alam dan informasi negara yang mungkin tidak pernah kita ketahui.
Satu lagi perjalanan merentas benua untuk melihat betapa berbezanya dunia, dan betapa banyak lagi yang masih belum kita terokai.